Pengenalan

"GEMILANGNYA TIADA BERGANTI"

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, September 6, 2009

Muqaddimah

Posted by administrator




Bermula dengan penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat di sebuah sekolah sekitar 10 tahun lalu, kini Kadet Bomba dan Penyelamat Perlis telah mempunyai hampir
20 persatuan kadet di sekolah-sekolah Negeri Perlis. Namun, bukan kuantiti yang besar yang menjadi harapan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, akan tetapi kualiti yang menjadi pegangan dan tunjang utama dalam objektif utama penubuhan kadet ini. Harapan yang baik ini menjelang tidak lama kemudian, setelah 6 tahun bertungkus-lumus dalam menjayakan segala aktiviti dan latihan, Kadet Bomba dan Penyelamat telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Kawad Kaki peringkat Negeri Perlis seterusnya dinobatkan sebagai Naib Johan peringkat Kebangsaan. Bermula pada kejayaan tersebut, Kadet Bomba dan Penyelamat tidak menoleh ke belakang lantas telah menjadikan kejayaan itu sebagai pembakar semangat yang membolehkan mereka kekal sebagai Johan pada Pertandingan Kawad Peringkat Negeri Perlis sehingga kini.


Tiada siapa menyangka, dalam tempoh gemilang selama 10 tahun ini, kadet Bomba dan Penyelamat telah menjadi sebuah kadet yang paling gah namanya di Negeri Darus Sunnah ini. Segala kejayaan ini tidak datang bergolek, akan tetapi ianya adalah hasil daripada kerjasama semua pihak terutamanya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis,jurulatih-jurulatih, guru-guru kadet sekolah dan juga kadet-kadet selama 10 tahun ini.


Diatas tujuan inilah, kelab bekas-bekas Kadet Bomba dan Penyelamat akan menganjurkan Sambutan 10 tahun (1999-2009) Kadet Bomba dan Penyelamat dalam usaha menghimpun seluruh kadet Bomba dan Penyelamat yang berada di sekian ceruk rantau bumi Perlis bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.Disamping memeriahkan Aidilfitri kali ini,juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia terikat dan juga mengimbau kembali detik-detik indah semasa bersama dengan Kadet Bomba dan Penyelamat.